Integrasi Paradigma Pengurusan Tanah dan Model Pengurusan Aset Menyeluruh: Kerangka Tadbir Urus Tanah Rizab Awam Malaysia

Authors

  • Puteri Nur Aunii Aminuddin Universiti Teknologi Malaysia Author
  • Zafirah Ab Muin Universiti Teknologi Malaysia Author
  • Salfarina Samsudin Universiti Teknologi Malaysia Author
  • Hamdi Abdul Hamid Universiti Teknologi Malaysia Author

Keywords:

Tanah rizab awam, Paradigma pengurusan tanah, model pengurusan aset menyeluruh, Seksyen 62 KTN, tadbir urus tanah

Abstract

Tanah rizab awam merupakan aset negeri yang diwartakan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara (KTN) 1965 bagi menyediakan kemudahan dan perkhidmatan awam kepada masyarakat. Namun demikian, pelaksanaannya masih berhadapan dengan pelbagai cabaran termasuk kelewatan pewartaan, ketidakseragaman prosedur antara daerah, pertindihan mandat agensi, serta kekangan data dan sistem maklumat tanah yang tidak bersepadu. Kajian ini bertujuan membangunkan kerangka konseptual yang menyatukan Paradigma Pengurusan Tanah (Land Management Paradigm, LMP) dan Model Pengurusan Aset Menyeluruh Versi 2.0 (Comprehensive Asset Management Model, MPAM V2) bagi memperkukuh tadbir urus tanah rizab awam di Malaysia. Pendekatan kajian konseptual digunakan melalui kaedah document content analysis terhadap dokumen dasar kerajaan iaitu Dasar Pengurusan Aset Kerajaan (DPAK) 2.0, Tatacara Pengurusan Aset Tak Alih (TPATA), dan peruntukan Seksyen 62 KTN 1965, serta literatur akademik berindeks Scopus dan Google Scholar terbitan 2022–2026. Dapatan kajian mendapati bahawa tiga komponen utama LMP iaitu Dasar Tanah, Fungsi Pentadbiran Tanah, dan Infrastruktur Maklumat Tanah dapat dipadankan secara sistematik dengan empat fasa kitar hayat aset MPAM V2 iaitu Perancangan, Pewujudan, Penggunaan, dan Pelupusan, menghasilkan Kerangka Gabungan LMP-MPAM yang bersepadu. Kerangka ini menyumbang kepada pembentukan asas konseptual baharu yang menghubungkan teori pengurusan tanah global dengan struktur pelaksanaan aset kerajaan tempatan, serta menawarkan panduan praktikal kepada agensi pelaksana seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dalam memperkukuh tadbir urus tanah rizab awam secara sistematik dan mampan.

Downloads

Published

2026-10-01